Skip to Content

Mengenai kami

Kepakaran

Pengalaman lebih 25 tahun serta disokong sijil dan penghargaan industri.

Integriti

Diagnosis & penetapan harga telus tanpa caj tersembunyi.

Kepantasan

Memahami nilai masa pelanggan. Respon penyelesaian segera.

Dipercayai

Peranti dan data pelanggan dijaga dengan cermat dan penuh kerahsiaan.

Pengenalan


AZZO Tech merupakan sebuah syarikat perkhidmatan dan penyelesaian IT yang

telah didaftarkan sejak tahun 2014. Dengan pengalaman melebihi 25 tahun

dalam industri teknologi maklumat, kami telah menjadi rakan teknologi yang

dipercayai oleh pelbagai lapisan pelanggan – daripada individu persendirian

hinggalah kepada syarikat dan organisasi perniagaan.

Kami mengkhusus dalam penjualan, pembaikan dan penyelenggaraan pelbagai

peranti teknologi termasuk komputer, komputer riba, pelayan, telefon bimbit,

gajet dan konsol permainan. Kepakaran kami merangkumi keseluruhan kitaran

hayat peranti – daripada pemasangan awal, penyelenggaraan berkala,

penyelesaian masalah, sehinggalah pemulihan data kritikal.


Dengan rekod prestasi yang kukuh dan pengiktirafan daripada syarikat-syarikat

terkemuka dalam bidang sokongan IT, AZZO Tech komited untuk menyampaikan

perkhidmatan yang pantas, telus dan berkualiti tinggi.

Visi


Menjadi pusat penyelesaian IT paling dipercayai dan komprehensif di Malaysia, di

mana setiap pelanggan – sama ada individu atau perniagaan – mendapat akses

kepada sokongan teknologi bertaraf profesional tanpa kerumitan.

Misi


  • Menyediakan perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan IT yang pantas, tepat, dan berpatutan.
  • Menjadi "jabatan IT luaran" yang boleh diandalkan oleh perniagaan kecil dan sederhana.
  • Melindungi dan memulihkan data berharga pelanggan dengan tahap keselamatan tertinggi.
  • Sentiasa mengemas kini kepakaran seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Kenali kami

Juruteknik berpengalaman memastikan sistem anda kekal berfungsi

Ahmad Zulkarnain

Pengasas / Chief Technical Support

Berpengalaman di bidang sokongan IT sejak 1997 di pelbagai industri termasuk beberapa syarikat terkemuka dunia. Mendapat pengiktirafan sijil berkaitan IT berdasarkan kepakaran di lapangan serta menerima anugerah penghargaan dari syarikat-syarikat terkemuka. Menamakan perniagaan ini sempena nama beliau, menjadi tulang belakang operasi perniagaan ini.